DAGING DAGING DAGING…Dulu2 Hana memang jarang nak masak
daging sebabnye daging jadi liat or perlu masak dlm masa yg agak lama untuk
empuk . Tak tau la kenapa. Masa tu Hana beli daging segar dr gerai kat area
rumah Hana ni. Gerai ni pun hanya jual daging pada weekend je. Masa tu kalau
nak masak daging utk diner baik lupakan je…nanti ntah kul bape la boleh
mkn..hahhaha
Ok itu cerita dulu…sekarang x yah pening2 cari petua utk
lembut kan
daging. So kalau nak masak daging utk diner pun no hal. Ini kerana ada satu
hari tu Hana pergi Giant & cuba
beli Australia Beef, memang x perlu masa lama untuk. Cepat je empuk. Lgpun Australia beef ni
dah siap potong, boleh pilih samada nak yg stir fry, rendang/curry or steak so
keje nak memasak tu lebih mudah. So ari ni Hana nak share resepi Daging Masak
Halia. Resepi ni Hana ambil dari blog Ana Suzana (mohon share ye), resepi yg memang
x mengecewakan, husband & anak2 pun suka.
Semalam menu ni disediakan bersama nasi putih & stir fry
borkoli with oyster sauce. Hana memang jenis orang yg masak 2 dish saje samada
untuk diner or lunch , jarang masak banyak2 sebab nanti x habes unless kalau
ade guest. Jom kita tengok resepinya.
Sumber : Ana Suzana
Bahan :
300gm Daging
2 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1 biji cili merah & hijau hiris (kalau nanti ganti
capsicum merah & hijau pun ok)
1 sudu tepung jagung bancuh dengan 1 cawan air
** bahan2 tu korang boleh adjust2 sendiri ikut byk mana
daging yg nak dimasak.
Cara :
- panaskan kuali and masukkan 3-4 sudu minyak masak and tumis bahan2 hirisan tadi.
- Pastukan daging yg dah dicuci terlebih dahulu and gaul sampai daging tu bertukar warna.
- Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
- Pastu tambahkan 2 sudu besar sos tiram kedalam bahan2 tadi. Gaul sebati. Boleh la tambah garam sedikit jika suka tapi biasanya Hana x letak Garam kalau dah guna sos tiram.
- Biarkan mendidih or masak sampai daging empuk. Kalau nampak pekat & nak tambah air sikit pun boleh. Terpulang kepada citarasa masing2.
- Akhir sekali boleh la tabur lada hitam jenis kasar.

No comments:
Post a Comment