Lavender

Lavender

Friday, 15 November 2013

Last Day Adam Di Tadika Nurmanja Gemilang & Blueberry Apam Polkadot

Hari ini last day Adam di Tadika NurManja Gemilang...Terima Kasih buat guru2 (Cikgu Ina & Cikgu Liza) yang tanpa jemu mendidik Adam selama 2 tahun di Tadika tersebut... Dari tak tahu menulis sampai dah boleh membaca...Alhamdulillah. X pe next year adiknya pulak yg bakal menimba ilmu di Tadika yg sama.

Semalam petang masa amek anak2 dari Nursery, Ibu (pengetua NurManja Gemilang) inform esok (means today) ada majlis farewell utk budak 6 tahun di Tadika... aisey last minute baru tau, nak masak ape ye...Nak pergi bakery shop beli brg2 utk buat cup cakes jgn harap la masih ade yg bukak...dah hampir kul 7pm kut. Fikir2, tercetus idea buat Blueberry Apam Polkadot...bahan semua ade kat rumah so lepas diner, mula la projek apam polka dot ni...




Resepi Apam Polka Dot ni Hana ambil dari Majalah Rasa. Jom check bahan2 & cara membuat.

Blueberry Apam Polkadot 
** boleh dapat dalam 30-45 biji


Bahan :
140gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung gandum
110gm gula halus
75ml susu (Hana guna susu Low Fat Brand Dutch Lady)
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perasa blueberry (x de so ganti dengan vanilla esen)
Filling Blueberry
Sedikit pewarna ungu & pink
papercup secukupnya

Cara :
1. Pukul telur & gula halus sehingga kembang
2. kemudian masukkan tepung gandum & baking powder yg telah diayak bersama diselang seli dengan susu.
3. selepas itu masukkan ovalette & esen vanilla. putar sebati sampai kembang & gebu.
4. bahagi adunan kepada 1 bahagian ungu & 1 bahagian pink. Lebihkan yg berwarna ungu kerana yg pink hanya utk buat dot dot saje.
5. Masukan setiap warna ke dalam piping bag utk memudahkan kerja. Picit adunan ungu ke dalam mangkuk kertas. Picit hanya utk dasarnye saje ye..jangan penuh sgt sbb nanti nak letak filling. 
6. Kemudian masukkan filling dan picitkan adunan ungu sehingga penuh & dot2 kan dengan warna pink.
7. kemudian kukus selama 10-15 minit or sampai masak dengan api yg sederhana.

** untuk dapatkan hasil apam yg cantik, lebih elok kalau penutup kukus tu dibalut dengan tuala supaya wap dari pengukus tak menitis kat apam..
 



No comments:

Post a Comment