Lavender

Lavender

Wednesday, 20 November 2013

Daging Masak Halia



DAGING DAGING DAGING…Dulu2 Hana memang jarang nak masak daging sebabnye daging jadi liat or perlu masak dlm masa yg agak lama untuk empuk . Tak tau la kenapa. Masa tu Hana beli daging segar dr gerai kat area rumah Hana ni. Gerai ni pun hanya jual daging pada weekend je. Masa tu kalau nak masak daging utk diner baik lupakan je…nanti ntah kul bape la boleh mkn..hahhaha

Ok itu cerita dulu…sekarang x yah pening2 cari petua utk lembut kan daging. So kalau nak masak daging utk diner pun no hal. Ini kerana ada satu hari tu Hana pergi Giant & cuba beli Australia Beef, memang x perlu masa lama untuk. Cepat je empuk. Lgpun Australia beef ni dah siap potong, boleh pilih samada nak yg stir fry, rendang/curry or steak so keje nak memasak tu lebih mudah. So ari ni Hana nak share resepi Daging Masak Halia. Resepi ni Hana ambil dari blog Ana Suzana (mohon share ye), resepi yg memang x mengecewakan, husband & anak2 pun suka.

Semalam menu ni disediakan bersama nasi putih & stir fry borkoli with oyster sauce. Hana memang jenis orang yg masak 2 dish saje samada untuk diner or lunch , jarang masak banyak2 sebab nanti x habes unless kalau ade guest. Jom kita tengok resepinya.



Sumber : Ana Suzana

Bahan :
300gm Daging
2 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1 biji cili merah & hijau hiris (kalau nanti ganti capsicum merah & hijau pun ok)
1 sudu tepung jagung bancuh dengan 1 cawan air
** bahan2 tu korang boleh adjust2 sendiri ikut byk mana daging yg nak dimasak.

Cara :
  1. panaskan kuali and masukkan 3-4 sudu minyak masak and tumis bahan2 hirisan tadi.
  2. Pastukan daging yg dah dicuci terlebih dahulu and gaul sampai daging tu bertukar warna.
  3. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
  4. Pastu tambahkan 2 sudu besar sos tiram kedalam bahan2 tadi. Gaul sebati. Boleh la tambah garam sedikit jika suka tapi biasanya Hana x letak Garam kalau dah guna sos tiram.
  5. Biarkan mendidih or masak sampai daging empuk. Kalau nampak pekat & nak tambah air sikit pun boleh. Terpulang kepada citarasa masing2.
  6. Akhir sekali boleh la tabur lada hitam jenis kasar.

Dah siap dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas & sayur sampingan.







Friday, 15 November 2013

Last Day Adam Di Tadika Nurmanja Gemilang & Blueberry Apam Polkadot

Hari ini last day Adam di Tadika NurManja Gemilang...Terima Kasih buat guru2 (Cikgu Ina & Cikgu Liza) yang tanpa jemu mendidik Adam selama 2 tahun di Tadika tersebut... Dari tak tahu menulis sampai dah boleh membaca...Alhamdulillah. X pe next year adiknya pulak yg bakal menimba ilmu di Tadika yg sama.

Semalam petang masa amek anak2 dari Nursery, Ibu (pengetua NurManja Gemilang) inform esok (means today) ada majlis farewell utk budak 6 tahun di Tadika... aisey last minute baru tau, nak masak ape ye...Nak pergi bakery shop beli brg2 utk buat cup cakes jgn harap la masih ade yg bukak...dah hampir kul 7pm kut. Fikir2, tercetus idea buat Blueberry Apam Polkadot...bahan semua ade kat rumah so lepas diner, mula la projek apam polka dot ni...




Resepi Apam Polka Dot ni Hana ambil dari Majalah Rasa. Jom check bahan2 & cara membuat.

Blueberry Apam Polkadot 
** boleh dapat dalam 30-45 biji


Bahan :
140gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung gandum
110gm gula halus
75ml susu (Hana guna susu Low Fat Brand Dutch Lady)
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perasa blueberry (x de so ganti dengan vanilla esen)
Filling Blueberry
Sedikit pewarna ungu & pink
papercup secukupnya

Cara :
1. Pukul telur & gula halus sehingga kembang
2. kemudian masukkan tepung gandum & baking powder yg telah diayak bersama diselang seli dengan susu.
3. selepas itu masukkan ovalette & esen vanilla. putar sebati sampai kembang & gebu.
4. bahagi adunan kepada 1 bahagian ungu & 1 bahagian pink. Lebihkan yg berwarna ungu kerana yg pink hanya utk buat dot dot saje.
5. Masukan setiap warna ke dalam piping bag utk memudahkan kerja. Picit adunan ungu ke dalam mangkuk kertas. Picit hanya utk dasarnye saje ye..jangan penuh sgt sbb nanti nak letak filling. 
6. Kemudian masukkan filling dan picitkan adunan ungu sehingga penuh & dot2 kan dengan warna pink.
7. kemudian kukus selama 10-15 minit or sampai masak dengan api yg sederhana.

** untuk dapatkan hasil apam yg cantik, lebih elok kalau penutup kukus tu dibalut dengan tuala supaya wap dari pengukus tak menitis kat apam..
 



Ayam masak kicap je...

Dah 3 4 hari badan ni rasa tak selesa. Serba serbi rasa tak kena. Nak memasak pun malas. Mujur la husben banyak menolong buat kerja2 rumah. Thanks sayang. Kurang sikit beban. So mlm ni masak yg ringkas2 je. Ayam masak kicap & tumis sawi hijau. Pada sape-sape yang baru nak belajar memasak boleh refer resepi yg simple ni. 




Ayam Masak Kicap.

Bahan :
5-6 ketul ayam (cuci bersih, gaul garam kunyit & goreng)
3 ulas bawang kecil (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci Halis (hiris)
1 bunga lawang
kulit kayu manis
1 biji Cili merah (hiris serong)
Kicap manis
sos tomato

Cara :
1. panaskan minyak dlm 2-3 sudu besar & tumis segala bawang2, halia, bunga lawang, kulit kayu manis & cili merah. Tumis hingga naik bau.
2. pastu masukkan kicap & sos tomato, ini korg agak2 la ye... pastu tambah air sikit. pada yg suka kuah byk boleh tambah air lebih. Biar mendidih.
3. masukkan ayam yg telah digoreng & kacau rata. Lepas tu sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perasa (jika suka).
4. Siap and sedia dihidang bersama nasi putih.

Anak2 Hana mmg suka kalau Hana masak ayam masak kicap ni. Pada sesiapa yg nak rasa pedas sikit boleh la tambah cili padi yg diketuk. Selamat mencuba.


 

Thursday, 7 November 2013

My Lil Princess Birthday

30th October 2013 genap my lil princess (Liya) 4 tahun. Sebalum ni x pernah celebrate birthday untuk dia pun..So sabtu lepas kami buat majlis kecil-kecilan untuk celebrate birthday Liya. Hanya buat jamuan petang bersama close family.

Ni pertama kali Hana cuba buat rainbow cake, resepi ni Hana dapat dari Suraya (my best frens). Thank you Su, ramai yg puji kek tu sedap...sampai ade yg x percaya Hana buat sendiri kek tu...lolz...Tadaa ni la hasilnya..




Si Adam (baju biru) yang sibuk2 nak potong birthday kek, happy sangat macam la celebrate birthday utk dia...hahahha...tengok tu dia yg duk mengadap depan kek..sampai muncung muka birthday girl.




Jom kita layan resepi kek rainbow ni (x sempat nak translate to Malay version)... 




Ingredients :

250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
200 g caster sugar
4 medium eggs
1 1/2 tsp finely grated orange zest
250 g self raising flour (or cake flour + 1 tsp baking powder and 1 tsp of baking soda)
40 ml freshly squeezed orange juice
45 ml buttermilk (1/4 milk + 1/4 tbsp vinegar)
- combine orange juice and buttermilk
1 tsp vanilla extract


Method :
1.Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.
2.Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice & vanilla extract.
3.Divide the batter to 6 colors. Bake each colors for about 15-20 Minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean.
4.Then carefully remove the cakes to cool on wire rack. 



Untuk cream Hana guna buttercream je. Resepi yg sangat simple.

Resepi buttercream

500g creamwell
250g shortening
100ml air gula* (cara buat air gula - 300g + 100ml air + 2tsp lemon. Masak gula & air. Bla sejuk masuk lemon) atau nak senang boleh beli golden syrup.

- Pukul creamwell & shortening sampai kembang, masukkan air gula.  Then pandai2 la letak pewarna & deco kek korg ikut kreativiti masing2. 

Selamat Mencuba.