Lavender

Lavender

Friday, 15 August 2014

CorningWare Cleaner


Salam Jumaat semua...
Hari ni Hana nak bercerita sket tentang CorningWare Cleaner & Conditioner. Function cleaner ni membersihkan periuk2 kaca berjenama CorningWare. Rasanya ramai yg menggunakan produk periuk dari CorningWare. Tapi Hana selalu ada masalah bila part nak membersihkan periuk2 kaca ni. Biasanya bila masak kari mengguna periuk ni kadangkala lepas cuci mesti ada lagi kesan berwarna coklat atau sedikit kekuningan. 
Ataupun kadangkala api dari sumbu dapur kita yg membuatkan keliling periuk tu sedikit hitam. 

Memang boleh dicuci dengan pencuci pinggan mangkuk biasa tapi kesannya berbeza setelah Hana menggunakan CorningWare Celaner. 
Cuba lihat gambar di bawah. Periuk yg atas dicuci menggunakan CorningWare cleaner, periuk bawah menggunakan pencuci biasa.
Boleh nampakkan kesannya...
 Cleaner ni bukan sekadar utk membersih tapi polishkan semula periuk2 kaca ni...





So pada sesiapa2 yang pernah mengalami masalah macam Hana ni boleh la cepat2 cari CorningWare cleaner untuk mencantikkan kembali periuk2 anda semua. Produk ni Hana beli dari cawangan Jusco Bandar Utama (AEON Bandar Utama) dengan harga RM37.50. 
Memang pricy sket tapi berbaloi..apa org kata alah membeli menang memakai..



Tuesday, 12 August 2014

Grill Chicken Chop

Dah terlalu lama x update blog, kekangan masa membataskan Hana untuk menulis. Xtually x tau nak tulis ape pun..Hahahha...Baru nak berjinak2 dengan dunia blog...itupun atas saranan kawan2. Dorg yang push Hana buat blog sbb Hana suka mencuba resepi2 dari blog2 blogger yg lain.

Antara blog yg jadi feberet macam blog Mat Gebu, Secubit Garam, Azie Kitchen etc. Resepi2 yg mereka post jarang mengecewakan. So Hana buat blog ni hanya utk suka2, rujukan akan datang & sebagai panduan anak2.

Hana bukan la seorg yg pandai masak sangat, setakat utk bagi family makan boleh la. tapi ramai yg memuji masakan Hana (cewah perasan plak). masa sekolah & zaman remaja mmg x pernah masak pun, bila dah kawen baru la nak belajar memasak. Itupun setiap kali nak masak memang akan call mak tanya resepi.... Bagi Hana asalkan ada niat/keinginan & ikhlas nak memasak pasti semuanya menjadi mudah. Antara sebab lain Hana suka memasak ialah anak2 & hubby prefer makan masakan dari air tangan Hana.

em..panjang pulak bercoleteh..niat asal nak update resepi grill chicken chop. Untuk bahan perapan ayam Hana refer dari Majalah Rasa... jom kita tengok resepi kat bawah.




Grill Chicken Chop

Bahan2 untuk Ayam  :
1/4 ayam (bahagian peha)
1 sudu sos HP (ini Hana ganti dengan sos tiram + kicap manis)
secubit rosemary kering
secubit thyme
secubit oregano
secubit serbuk paprika

Cara :
  1. Ayam didebondkan, cuci & lap kering dengan tisu dapur.
  2. perap ayam dengan semua bahan2 di atas at least untuk 1 jam. Biasanya Hana akan perap semalaman & boleh cucuk2 kan sedikit isi ayam tu supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam.
  3. Grill ayam atas pan grill, masa tu agak2 la ye.

Untuk Mushroom Black Pepper Sos; sumber Hana ambil dari Hayati Nor (copy dari FB buku resepi). Minta share kat sini ye tapi Hana buat separuh dari bahan2 asal. Sos ini lebih kurang cukup untuk 3@4 keping peha ayam.

Bahan2 :
1/2 tin/cwn sup cendawan campbells
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu kicap pekat (tukar ke kicap manis, kicap ni je yg ade kat umah)
1/2  tin/cwn air (guna tin cendawan tadi)
beberapa sudu serbuk lada hitam (ikut citarasa sendiri)
1/2 kiub ayam maggie

Cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk & didihkan dengan api perlahan sambil digaul hingga sebati. 


Side dish boleh ikut selera masing2. Boleh buat mashes potato, coleslaw, potato salad, jagung etc. Untuk kali ni Hana just buat steam vege & potato je. 


Resepi potato sedap ni, Hana ambil dari program masakan kendalian Chef Anis Nabilah (Program Selera @ TV3) yang disiarkan setiap Sabtu 9 pagi.

Kalau nak cuba refer kat bawah.

Bahan :
4 biji ubi ketang russet (potong dadu & rebus)
1 sudu kecil serbuk cili (Hana guna cili flakes)
sedikit garam & lada hitam
sedikit butter

Cara :
  1. panaskan sedikit minyak zaitun & masukkan kentang yg telah direbus separa masak.
  2. gorengkan hingga garing dibahagian luar & keperangan.
  3. masukkan garam & lada hitam secukup rasa.
  4. matikan api & tambahkan sedikit butter & serbuk cili.



Anak2 : Adam nak makan chicken chop dengan nasi goreng, Liya pulak semata2 chicken chop & steam brokoli je. Untuk Adam & Liya memang Hana beli peha ayam yg bersize kecil sebab takut x abes membazir pulak.