Antara blog yg jadi feberet macam blog Mat Gebu, Secubit Garam, Azie Kitchen etc. Resepi2 yg mereka post jarang mengecewakan. So Hana buat blog ni hanya utk suka2, rujukan akan datang & sebagai panduan anak2.
Hana bukan la seorg yg pandai masak sangat, setakat utk bagi family makan boleh la. tapi ramai yg memuji masakan Hana (cewah perasan plak). masa sekolah & zaman remaja mmg x pernah masak pun, bila dah kawen baru la nak belajar memasak. Itupun setiap kali nak masak memang akan call mak tanya resepi.... Bagi Hana asalkan ada niat/keinginan & ikhlas nak memasak pasti semuanya menjadi mudah. Antara sebab lain Hana suka memasak ialah anak2 & hubby prefer makan masakan dari air tangan Hana.
em..panjang pulak bercoleteh..niat asal nak update resepi grill chicken chop. Untuk bahan perapan ayam Hana refer dari Majalah Rasa... jom kita tengok resepi kat bawah.
Grill Chicken Chop
Bahan2 untuk Ayam :
1/4 ayam (bahagian peha)
1 sudu sos HP (ini Hana ganti dengan sos tiram + kicap manis)
secubit rosemary kering
secubit thyme
secubit oregano
secubit serbuk paprika
Cara :
- Ayam didebondkan, cuci & lap kering dengan tisu dapur.
- perap ayam dengan semua bahan2 di atas at least untuk 1 jam. Biasanya Hana akan perap semalaman & boleh cucuk2 kan sedikit isi ayam tu supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam.
- Grill ayam atas pan grill, masa tu agak2 la ye.
Untuk Mushroom Black Pepper Sos; sumber Hana ambil dari Hayati Nor (copy dari FB buku resepi). Minta share kat sini ye tapi Hana buat separuh dari bahan2 asal. Sos ini lebih kurang cukup untuk 3@4 keping peha ayam.
Bahan2 :
1/2 tin/cwn sup cendawan campbells
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu kicap pekat (tukar ke kicap manis, kicap ni je yg ade kat umah)
1/2 tin/cwn air (guna tin cendawan tadi)
beberapa sudu serbuk lada hitam (ikut citarasa sendiri)
1/2 kiub ayam maggie
Cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk & didihkan dengan api perlahan sambil digaul hingga sebati.
Side dish boleh ikut selera masing2. Boleh buat mashes potato, coleslaw, potato salad, jagung etc. Untuk kali ni Hana just buat steam vege & potato je.
Resepi potato sedap ni, Hana ambil dari program masakan kendalian Chef Anis Nabilah (Program Selera @ TV3) yang disiarkan setiap Sabtu 9 pagi.
Kalau nak cuba refer kat bawah.
Bahan :
4 biji ubi ketang russet (potong dadu & rebus)
1 sudu kecil serbuk cili (Hana guna cili flakes)
sedikit garam & lada hitam
sedikit butter
Cara :
- panaskan sedikit minyak zaitun & masukkan kentang yg telah direbus separa masak.
- gorengkan hingga garing dibahagian luar & keperangan.
- masukkan garam & lada hitam secukup rasa.
- matikan api & tambahkan sedikit butter & serbuk cili.
Anak2 : Adam nak makan chicken chop dengan nasi goreng, Liya pulak semata2 chicken chop & steam brokoli je. Untuk Adam & Liya memang Hana beli peha ayam yg bersize kecil sebab takut x abes membazir pulak.


No comments:
Post a Comment